Gelagat penghantar barang ulas bungkusan pelanggan curi perhatian netizen
KUALA LUMPUR – Gelagat seorang penghantar barang yang sering membuat ulasan ketika menghantar bungkusan pelanggan mencuri perhatian pengguna media sosial, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri.
Menerusi akaun media sosial @Padilverse, lelaki itu kerap memuat naik video pendek ketika menghantar barangan kepada pelanggan sambil menyelitkan komen bersahaja mengenai isi bungkusan yang dihantar.
Dalam satu hantaran terbaharu, beliau dilihat menghantar bungkusan besar yang mengandungi tilam dan mesin senaman jenis treadmill kepada seorang pelanggan bernama Fatin.
Sambil menyeru nama penerima, penghantar berkenaan berseloroh dengan berkata:
“Fatin… kuruslah kau raya ni. Mantap.”
Video tersebut menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang terhibur dengan cara penyampaian santainya ketika menjalankan tugas menghantar barangan.
Ruangan komen turut dipenuhi pelbagai reaksi lucu daripada pengguna yang mengikuti perkongsian tersebut.
Seorang pengguna, Nora Rosli berseloroh dengan menulis:
“Tilam dan treadmill. Lepas buat seminit terus baring. Mantap.”
Seorang lagi pengguna turut meninggalkan komen berjenaka dengan berkata:
“Rasanya lepas raya baru Fatin nak kurus. Tak sempat dah nak kurus.”
Sementara itu, seorang pengguna lain, Naya berkata, dia sentiasa menantikan perkongsian baharu daripada penghantar kurier berkenaan.
“Kelakarlah nak dekat rayaa ni. Akak tunggu saja kau kemas kini barang,” tulisnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















