Isteri mengidam durian bakar, suami gigih penuhi hajat ibu mengandung
DENGKIL – Permintaan seorang wanita hamil yang mengidam durian bakar mencuri perhatian netizen apabila video yang dimuat naik beliau tular di laman TikTok.
Melalui video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Nurul Huda itu menunjukkan rakaman video suaminya gigih membakar sebiji buah durian di luar kawasan rumah mereka.

“Lagi hangit dan hitam hangus lagi sedap. Makan panas-panas. Perghh. Pregnant kali ini pelik-pelik je teringin dia.
“Terima kasih suamiku layankan tekak isterimu ini,” tulisnya di ruangan caption.
Sehingga kini video tersebut telah menerima lebih 1.7 juta tontonan dan 70,500 tanda suka serta 1,500 komen.
Sementara itu, menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan memberi komen positif selain ada yang berjenaka.
“Pertama kali tahu durian bakar. Layan,” tulis @Nuarin1_79.
“Seronok ada yang layankan mengidam. Terbaik suaminya,” komen @Z pula.
“The real black thorn. Yang duk jual tepi jalan tu semua fake,” kata @Akma.
Difahamkan, Nurul Huda, 36, kini hamil anak keempat selepas kali terakhir mengandung anak ketiganya lapan tahun lalu pada 2017.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment