SUKANBERITA SEMASA

Gagal emas : Kementerian Belia dan Sukan sedia terima kritikan

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sedia menerima kritikan susulan kegagalan kontinjen negara membawa pulang pingat emas dari temasya Olimpik Paris 2024 baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak mampu untuk menghalang segala kritikan dan tuduhan yang dilemparkan oleh orang ramai kerana pasukan negara telah memberikan komitmen sebaik mungkin sepanjang persediaan dan ketika beraksi di acara sukan itu.

Bahkan pihaknya juga sedia menerima kritikan pedas nitizen mengenai program Road To Gold (RTG) yang ditukar secara sini kepada Road To Gangsa.

“Kritikan itu pasti ada kerana peminat sukan ini pelbagai (latar belakang), semua orang minat sukan dan semua rasa ada hak memberi kritikan.

“Itu kita terima sebab semua orang ada platform masing-masing. Apa yang paling penting adalah pendapat pengarah teknikal, jurulatih kerana mereka yang lebih tahu,” katanya.

Tegas Hannah, RTG diwujudkan untuk dua sukan Olimpik iaitu Olimpik Paris 2024 dan Olimpik Los Angeles 2028 tidak gagal malah terbukti berjaya meningkatkan prestasi dan pencapaian atlet yang terlibat.

“Apa yang kita lihat ada peningkatan dalam pencapaian atlet-atlet RTG. Tiga orang atlet berjaya memecahkan rekod kebangsaan iaitu pelumba basikal trek, Datuk Azizulhasni Awang, Nurul Izzah Izzati dan atlet angkat berat, Aniq Kasdan.

“Manakala dua lagi atlet mencatatkan rekod peribadi iaitu atlet basikal, Shah Firdaus Sahrom dann memanah, Syaqiera Mashayikh,” katanya.

Bagaimanapun Hannah berkata, beliau mewakili kontinjen Malaysia memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih belum berjaya membawa pulang pingat emas

Sementara itu, jurulatih basikal trek John Beasley berharap program RTG diteruskan sehingga 2032 untuk mendapatkan hasil daripada program itu.

“Jika anda benar-benar serius untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan, program ini perlu diteruskan. Sesiapa yang mahu menghentikan RTG, mereka mungkin tidak faham mengenai sukan,” ujarnya.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button