BERITA SEMASA

Fahmi Fadzil luah dukacita tragedi pelajar UPSI

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil meluahkan rasa dukacita atas kemalangan melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding, Perak, awal pagi tadi.

Fahmi dalam satu kenyataan di Facebooknya, beliau mewaili seluruh warga Kementerian Komunikasi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut.

“Kami semua bersedih atas kehilangan besar ini, yang pastinya memberi kesan perit kepada komuniti UPSI,” katanya.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

“Sama-sama kita doakan agar mereka yang cedera diberikan kesembuhan yang segera,” tambah beliau.

Dalam kejadian pukul 3.40 pagi tadi, 15 orang pelajar institusi berkenaan maut apabila bas sewa khas yang dinaiki terbabas dan terbalik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button