Empat lelaki dihukum mati kerana hina Nabi Muhammad, al-Quran
ISLAMABAD – Empat lelaki dijatuhi hukuman mati setelah didapati bersalah atas tuduhan memuat naik kandungan menghina agama dalam talian, hari ini.
Menurut peguam pendakwaan, Rao Abdur Raheem, kes yang dibicarakan di Rawalpindi tersebut disokong oleh bukti forensik daripada peranti yang digunakan dalam perbuatan tersebut.
“Mereka dijatuhi hukuman mati kerana menyebarkan kandungan yang menghina Nabi Muhammad dan al-Quran secara dalam talian,” katanya kepada media antarabangsa, hari ini.
Kes penghinaan terhadap agama sering menjadi isu yang sangat sensitif di Pakistan, sebuah negara majoriti Muslim, di mana tuduhan tidak berasas sekalipun mampu mencetuskan kemarahan awam dan membawa kepada kejadian pembunuhan beramai-ramai.
Pakistan menyaksikan peningkatan mendadak dalam pendakwaan kes penghinaan dalam talian, apabila terdapat kumpulan keagamaan yang bertindak sendiri membawa ratusan tuduhan terhadap individu atas dakwaan melakukan penghinaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







