Elak lebihan pelatih, JLKN perkenal sistem pengesahan kehadiran masa nyata
KUALA LUMPUR – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) sedang melaksanakan penambahbaikan segera selepas kehadiran calon pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) baru-baru ini melebihi kapasiti kem latihan di Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan pada 17 Januari lalu.
@malaysiatribune Ketua Pengarah JLKN berkata, pelatih yang telah disarankan pulang pada 17 Januari lalu layak menerima Elaun Perjalanan Pelatih mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan sepertimana pelatih yang sedang menjalani latihan PLKN pada siri ini dan jaminan tempat untuk pengambilan Siri 2/2026 nanti, tempat anda sudah terjamin. #malaysiatribune #plkn #elaun #trending #beritasemasa
Ketua Pengarah JLKN, Datuk Yacob Samiran berkata, kem yang mempunyai kapasiti maksimum 550 pelatih menerima kehadiran seramai 810 orang pada hari pendaftaran akibat sambutan luar jangkaan golongan belia.
“Situasi itu berlaku kerana serentaknya hadir pelatih yang mengesahkan kehadiran awal, calon yang tidak memberi maklum balas sebelum tarikh tutup pengesahan, serta pelatih ‘walk-in’ yang hadir kerana teruja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, keputusan untuk hanya menerima pelatih yang mematuhi prosedur pengesahan awal dibuat bagi memastikan keselamatan, keselesaan dan kebajikan peserta.
“Pelatih lebihan yang diarahkan pulang tetap menerima elaun perjalanan dan dijamin tempat untuk pengambilan PLKN Siri 2/2026.
“Tempat mereka dijamin. Ini hanyalah penangguhan sementara, bukan penolakan,” katanya lagi.
Sehubungan itu, JLKN kini memperkenalkan sistem pengesahan kehadiran masa nyata, senarai menunggu digital dan pendaftaran berperingkat bagi mengelakkan kesesakan serta memastikan data kehadiran lebih tepat.
Yacob turut menasihatkan bakal pelatih agar memberi maklum balas segera apabila menerima tawaran bagi memastikan kemudahan seperti katil, makanan dan peralatan latihan dapat disediakan dengan teratur dan berkesan.
“Respon awal bukan sekadar klik di skrin, tetapi janji temu dengan kemudahan yang disediakan khas untuk anda,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







