BERITA SEMASAHIBURAN

Eddie, Black umum berundur dari Wings

CYBERJAYA – Peminat musik rock negara dikejutkan dengan pengumuman dua anggota kumpulan legenda Wings, Eddie dan Black mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.

Kenyataan media bersama mereka berbunyi: “Kami, Azmi Hashim atau Black, dan Samsaidi Long Idris atau Eddie, telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan daripada kumpulan Wings berkuat kuasa serta-merta hari ini, Rabu, 8 Oktober 2025.”

Susulan pengunduran tersebut, Eddie dan Black mengesahkan tidak akan menyertai Konsert Ulang Tahun Ke-40 Wings yang dijadualkan berlangsung pada 28 November di sini, diikuti persembahan di Singapura pada 24 Disember.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Black meninggalkan Wings.

Pemain dram berusia 59 tahun itu dilaporkan pernah keluar daripada kumpulan pada 1990 selepas pelancaran album Teori Domino, namun kembali semula pada 1995 ketika rakaman album Orang Asing.

Sebaliknya, pemain bass Eddie tidak pernah meninggalkan kumpulan itu sejak 1985.

Dengan pengunduran Black dan Eddie, barisan terkini Wings kini terdiri daripada Datuk Awie selaku vokalis, Syam (gitar utama), dan Edrie (gitar irama).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button