BERITA SEMASA

Dr Zakir naik akan pulang ke Malaysia

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Dr. Zakir Naik akan kembali ke negara ini dalam masa terdekat, selepas selesai beberapa program di Oman.

Peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan Zakir Naik masih mempunyai program di negara terbabit pada ketika ini.

“Dia (Zakir Naik) akan pulang dalam masa terdekat selepas selesai semua program di sana,” katanya memetik laporan BH Online.

Sebelum ini, Akberdin memaklumkan Zakir Naik berada dalam keadaan selamat dan diberi layanan yang baik sepanjang berada di Muscat, Oman.

Menurutnya, penceramah terbabit turut mengirimkan pesanan memaklumkan beliau selamat dan berada di hotel.

“Zakir juga memaklumkan, laporan yang mendakwa penahanannya sekadar berita rekaan,” katanya.

Beliau berkata, selepas itu dia akan pulang semula ke Malaysia namun tidak dapat diperincikan perjalanan pulang itu demi keselamatannya.

Media sebelum ini melaporkan penceramah bebas, Dr. Zakir Naik yang menjadi buruan di India tiba di Muscat, Oman bagi menyampaikan ceramahnya selepas tarawih pada malam semalam dan esok.

Zakir Naik yang menetap di Malaysia, berdepan dakwaan mahkamah di India, berhubung pengubahan wang haram, menyokong aktiviti keganasan dan mencetuskan ketegangan agama.

Malah Kerajaan India pernah menghantar permohonan rasmi bagi mengekstradisinya pada Januari 2018.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button