BERITA SEMASA

DBKL ambil tindakan sita terhadap 13 penjaja warga asing

KUALA LUMPUR – Sebanyak 13 tindakan sita telah dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di sekitar ibu negara, baru-baru ini.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu dilaksanakan berdasarkan pemantauan berkala di Jalan Leboh Pudu, Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Petaling dan Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

“Hasil daripada pemantauan yang dijalankan, sebanyak 13 tindakan sita telah dilaksanakan terhadap penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016,” katanya.

DBKL memaklumkan semua barangan yang disita telah dibawa ke Setor Sitaan di Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tujuan rekod dan dokumentasi.

“DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti dan sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button