JENAYAH & MAHKAMAH

Dakwaan kes pedofilia libatkan guru tidak benar, PDRM klasifikasi sebagai kes fitnah

KOTA BHARU – Dakwaan berlaku kes pedofilia di Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat adalah tidak benar selepas siasatan tidak menemukan sebarang bukti kukuh berhubung kes itu.

Sebaliknya, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, kes berkenaan kini diklasifikasikan semula sebagai kes fitnah dan akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan terhadap kes (dakwaan) itu telah selesai selepas mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak terlibat.

“Hasil siasatan mendapati tidak ada bukti kukuh menunjukkan berlakunya gangguan seksual dan tidak wujud pedofilia terhadap mangsa,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.

Kata Muhamad Zaki, guru yang didakwa melakukan perbuatan itu turut mempunyai sikap dan kriteria yang baik, namun pihaknya masih menunggu laporan perubatan ke atas penulis dakwaan tersebut.

Ketika diminta menuglas sama ada dakwaan itu ditulis kerana dendam atau fitnah, Muhamad Zaki berkata ia masih dalam siasatan.

Sebelum ini, polis memberi jaminan siasatan kes seorang guru MRSM Tumpat yang didakwa melakukan pedofilia terhadap seorang murid lelaki akan selesai dalam tempoh sebulan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button