Jenayah & Mahkamah

Dakwaan kes pedofilia libatkan guru, PDRM selesai rakam keterangan 14 individu

GUA MUSANG – Polis selesai merakam keterangan 14 individu berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua mereka dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Tambahnya, pihak polis telah berjaya mengenal pasti penulis yang memuat naik dakwaan kes berkenaan di laman media sosial.

“Kami masih lagi menunggu laporan perubatan ke atas mangsa kerana dia pernah belajar di MRSM berkenaan.

“Kertas siasatan akan dihantar kepada pendakwa raya untuk mendapat nasihat,” katanya kepada kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, di sini malam tadi.

Sebelum ini, polis memberi jaminan siasatan kes seorang guru MRSM Tumpat yang didakwa melakukan pedofilia terhadap seorang murid lelaki akan selesai dalam tempoh sebulan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button