Polis buru lelaki curi pakaian dalam wanita
GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencuri pakaian dalam wanita di sebuah pangsapuri berhampiran Jalan Dr Wu Lien Teh, di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 64 tahun.
“Pengadu mendakwa dua helai pakaian dalam milik anak perempuannya yang dijemur di kaki lima pangsapuri telah dicuri oleh lelaki tidak dikenali pada jam 4.24 pagi, Jumaat lalu.
“Kita buka siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dijalankan.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek atau kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 016 4446590,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Terdahulu, perbuatan suspek itu tular di media sosial selepas satu rakaman video berdurasi 34 saat daripada kamera litar tertutup (CCTV) dimuat naik, memaparkan aksi mencurigakan suspek.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








