BERITA SEMASALUAR NEGARA

Cuba kehabisan bahan api akibat sekatan AS

HAVANA – Cuba mengakui negara itu kini berdepan krisis kekurangan bahan api dan gangguan bekalan elektrik susulan sekatan berterusan yang dikenakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Perkara itu disahkan Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), John Ratcliffe ketika lawatannya ke Cuba pada Khamis, yang dianggap sebagai perkembangan luar biasa dalam hubungan antara Washington dan Havana.

Lawatan tersebut berlangsung ketika negara pimpinan komunis itu terus bergelut dengan tekanan ekonomi serta sekatan yang dikenakan AS.

Menteri Tenaga Cuba, Vicente de la O Levy berkata, kesan sekatan tersebut memberi impak besar terhadap bekalan tenaga negara berkenaan sehingga menyebabkan kehabisan minyak.

“Minyak telah habis dan kesan sekatan itu sememangnya memudaratkan kerana kami masih belum menerima bekalan bahan api,” katanya.

Trump sebelum ini beberapa kali memberi bayangan mahu menjatuhkan kerajaan komunis Cuba selain mengambil langkah lebih agresif terhadap kepimpinan negara itu.

Pentadbiran Trump juga dilaporkan berusaha mendakwa Raul Castro, iaitu adik kepada mendiang pemimpin revolusi Cuba, Fidel Castro.

Bagaimanapun, kerajaan Cuba melihat lawatan Ratcliffe sebagai peluang untuk meredakan ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara.

“Pertemuan ini menyumbang kepada dialog politik antara Cuba dan AS,” menurut kenyataan kerajaan Cuba.

Kerajaan Cuba turut menegaskan bahawa negara itu tidak pernah menyokong sebarang aktiviti bermusuhan terhadap AS dan tidak akan membenarkan wilayahnya digunakan untuk tindakan terhadap negara lain.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada dakwaan Washington mengenai kehadiran pengaruh China di Cuba.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button