BERITA SEMASA

Co-opbank Pertama jenamakan semula Kelab MyStar, galak ibu bapa buka Akaun Simpanan-i Salam

KUALA LUMPUR – Dalam misi menarik minat ibu bapa membuka Akaun Simpanan-i Salam untuk anak-anak, Co-opbank Pertama (CBP) telah menjenamakan semula Kelab MyStar dan memperkenalkan duta Kelab MyStar secara rasmi.

Pelancaran penjenamaan semula Kelab MyStar disempurnakan oleh Ketua Pegawai Komersial CBP, Mohd Faris Kamarudin pada Hari Mega Kelab MyStar di Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu.

CBP dalam satu kenyataan berkata, Kelab MyStar merupakan kelab khusus buat kanak-kanak pemegang Akaun Simpanan-i Salam yang berumur 18 tahun ke bawah.

”Penubuhan kelab ini bertujuan untuk menanam sikap menabung dalam kalangan kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan yang menarik.

”Penjenamaan semula ini adalah langkah penting dalam usaha untuk menarik lebih ramai ibu bapa membuka akaun simpanan anak-anak mereka di CBP,” katanya.

Tambah CBP, penjenamaan semula ini bukan sekadar perubahan imej tetapi sebagai tanda komitmen terhadap inovasi dan kecemerlangan CBP, selain akan terus memperkenalkan lebih banyak program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada ahli kelab.

Pada masa sama, CBP turut berharap agar Kelab MyStar akan terus berkembang
dan memberi manfaat kepada semua ahli.

Sementara itu, CBP turut mengumumkan Duta Kelab MyStar iaitu Muhammad Imaduddin Abdul Gafur, 6; Tiara Khayla Jelita Zalih, 9; dan Mayra Sayeeda Muhammad Maal Hakim, 2, yang akan menjadi wajah serta suara kelab terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button