BERITA SEMASA

Cecah usia 50 tahun, TUDM teliti ganti pesawat C-130 Hercules – Panglima TUDM

SUBANG – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini meneliti keperluan untuk menggantikan aset pesawat pengangkut taktikal C-130 Hercules susulan faktor usia pesawat berkenaan.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris, berkata pemilihan pesawat pengangkut masa hadapan kini sedang dinilai bagi memperkukuh pelan pembangunan keupayaan jangka panjang pihak tentera.

Norazlan menjelaskan bahawa penggantian aset tidak terhad kepada armada jet pejuang sahaja, khususnya menjelang persaraan yang dijadualkan bagi armada F/A-18D Hornet dan Sukhoi Su-30MKM pada tahun 2035.

Beliau menegaskan bahawa usaha pemodenan aset tidak tertumpu kepada jet pejuang semata-mata, terutamanya dengan mengambil kira persaraan armada F/A-18D Hornet dan Sukhoi Su-30MKM yang dijadualkan pada tahun 2035.

“C-130 yang ada ketika ini pun sudah mencecah 50 tahun manakala yang terbaru sudah berusia sekitar 31 tahun.

“Jadi benda-benda ini kita kena ambil perhatian yang khusus, ya orang kata ia adalah pesawat yang baik. Namun bila tiba masanya, kita perlu tukar dan ganti.

“Kadang kala, mengganti adalah lebih baik daripada membaiki kerana kos membaiki juga agak tinggi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM Ke-68 di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Difahamkan, TUDM ketika ini mengendalikan lebih 10 pesawat C-130 Hercules.

Norazlan berkata, pesawat pengangkut generasi baharu ini akan menawarkan peningkatan ketara merangkumi aspek teknologi, keupayaan operasi, prestasi enjin, serta kapasiti angkut dan muatan yang lebih optimum.

Beliau berkata, langkah ini amat signifikan memandangkan skop tanggungjawab TUDM yang semakin meluas dan mencabar.

Ketika ditanya mengenai perolehan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) baharu, Norazlan berkata kajian sudah dijalankan bagi menentukan keperluan MRCA masa hadapan serta perolehan tambahan pesawat tempur ringan (LCA).

Mengenai sama ada jet pejuang masa hadapan akan menggunakan platform generasi keempat, generasi 4.5, generasi kelima atau generasi keenam, beliau berkata keputusan itu bergantung kepada dasar nasional serta keutamaan pertahanan kerajaan.

Beliau menegaskan bahawa dasar pertahanan Malaysia berteraskan pertahanan, justeru sebarang jet pejuang yang diperoleh pada masa hadapan perlu memenuhi keperluan serta selaras dengan dasar pertahanan negara.”Mengganti lebih baik daripada membaiki” – Panglima TUDM berhubung aset usang

SUBANG – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini meneliti keperluan untuk menggantikan aset pesawat pengangkut taktikal C-130 Hercules susulan faktor usia pesawat berkenaan.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris, berkata pemilihan pesawat pengangkut masa hadapan kini sedang dinilai bagi memperkukuh pelan pembangunan keupayaan jangka panjang pihak tentera.

Norazlan menjelaskan bahawa penggantian aset tidak terhad kepada armada jet pejuang sahaja, khususnya menjelang persaraan yang dijadualkan bagi armada F/A-18D Hornet dan Sukhoi Su-30MKM pada tahun 2035.

Beliau menegaskan bahawa usaha pemodenan aset tidak tertumpu kepada jet pejuang semata-mata, terutamanya dengan mengambil kira persaraan armada F/A-18D Hornet dan Sukhoi Su-30MKM yang dijadualkan pada tahun 2035.

“C-130 yang ada ketika ini pun sudah mencecah 50 tahun manakala yang terbaru sudah berusia sekitar 31 tahun.

“Jadi benda-benda ini kita kena ambil perhatian yang khusus, ya orang kata ia adalah pesawat yang baik. Namun bila tiba masanya, kita perlu tukar dan ganti.

“Kadang kala, mengganti adalah lebih baik daripada membaiki kerana kos membaiki juga agak tinggi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM Ke-68 di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Difahamkan, TUDM ketika ini mengendalikan lebih 10 pesawat C-130 Hercules.

Norazlan berkata, pesawat pengangkut generasi baharu ini akan menawarkan peningkatan ketara merangkumi aspek teknologi, keupayaan operasi, prestasi enjin, serta kapasiti angkut dan muatan yang lebih optimum.

Beliau berkata, langkah ini amat signifikan memandangkan skop tanggungjawab TUDM yang semakin meluas dan mencabar.

Ketika ditanya mengenai perolehan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) baharu, Norazlan berkata kajian sudah dijalankan bagi menentukan keperluan MRCA masa hadapan serta perolehan tambahan pesawat tempur ringan (LCA).

Mengenai sama ada jet pejuang masa hadapan akan menggunakan platform generasi keempat, generasi 4.5, generasi kelima atau generasi keenam, beliau berkata keputusan itu bergantung kepada dasar nasional serta keutamaan pertahanan kerajaan.

Beliau menegaskan bahawa dasar pertahanan Malaysia berteraskan pertahanan, justeru sebarang jet pejuang yang diperoleh pada masa hadapan perlu memenuhi keperluan serta selaras dengan dasar pertahanan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button