CBP bakal buka 3 cawangan baharu di Sarawak, Sabah
KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) akan meluaskan lagi cawangannya di Borneo dengan membuka tiga buah lagi cawangan di Sabah dan Sarawak.
Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, tiga cawangan tersebut adalah di Matang Jaya dan Miri, Sarawak dan sebuah lagi di Sandakan, Sabah.
“Ketiga-tiga cawangan tersebut dijangka akan dibuka pada suku keempat tahun ini 2023.
“Pembukaan ketiga-tiga cawangan ini adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat dan kita melihat CBP mampu untuk memenuhi keperluan masyarakat di cawangan-cawangan baharu kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya lagi, di Sarawak, CBP akan membuka dua buah cawangan lagi iaitu di Matang Jaya dan juga di Miri yang menjadikan CBP mempunyai tiga buah cawangan di negeri ini selepas cawangan pertamanya adalah di Jalan Kulas, Kuching.
“Sementara itu, di Sabah pula, cawangan ketiga akan beroperasi di Sandakan selepas CBP membuka cawangan di Kota Kinabalu dan Tawau,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pembukaan cawangan-cawangan baharu ini merupakan salah satu strategi CBP untuk membawa produk dan perkhidmatan perbankan secara terus kepada penduduk di Sabah dan juga Sarawak.
Pada masa sama, ujarnya, pembukaan cawangan-cawangan ini juga selari dengan Pelan Strategik CBP
2022-2026 di mana kita mensasarkan untuk mempunyai 36 buah cawangan di seluruh negara dapat dicapai.
Sementara itu, Khairil Anuar turut berkata, CBP akan terus memperkenalkan beberapa produk dan model perniagaan baharu bagi memenuhi keperluan anggota serta pelanggan CBP.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













