BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Wisma CBP mercu tanda baharu kejayaan bank koperasi bumiputera

KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) melakar sejarah apabila merasmikan Wisma Co-opbank Pertama, bangunan ibu pejabat terbaharunya yang menjadi simbol kemajuan serta kekuatan ekonomi gerakan koperasi negara.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick bagi mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tidak dapat bersama dalam majlis berkenaan di ibu negara hari ini.

Dalam ucapan yang dibacakan oleh Ewon, Perdana Menteri menyifatkan perasmian Wisma CBP sebagai satu titik kebanggaan kepada seluruh anggota koperasi dan menjadi lambang kejayaan ekonomi rakyat yang dibina melalui semangat kerjasama.

ā€œCBP bukan sekadar sebuah bank koperasi, tetapi simbol perjuangan ekonomi rakyat. Ia lahir daripada semangat kerjasama dan dibina atas dasar kepercayaan, keadilan sosial dan prinsip syariah,ā€ katanya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick ketika berucap pada Majlis Perasmian Wisma CBP. – Foto Najmi Zulkefle/Malaysia Tribune

Menurut Perdana Menteri, gerakan koperasi negara yang sudah menjangkau lebih satu abad memainkan peranan besar dalam membina ekonomi negara. Justeru, pencapaian CBP perlu dijadikan inspirasi kepada seluruh sektor koperasi di Malaysia.

Lebih membanggakan, CBP turut mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah penubuhannya, apabila berjaya merekodkan keuntungan RM124.29 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, dengan aset keseluruhan mencecah RM12.84 bilion.

ā€œSaya amat berbangga dengan pencapaian ini. Ia adalah hasil kerjasama kukuh, kepercayaan anggota dan strategi pengurusan yang bijak. Tahniah dan syabas saya ucapkan,ā€ ujar Perdana Menteri dalam teks ucapannya.

Baca juga : CBP umum dividen 6.5 peratus tahun 2024, agih RM88.52 juta kepada anggota

Beliau turut menyifatkan model kewangan koperasi seperti CBP sebagai alternatif kepada sistem konvensional yang berorientasikan keuntungan semata-mata, sebaliknya ia mengutamakan keadilan sosial, pengagihan saksama dan nilai kekitaan.

ā€œDalam usaha membina Malaysia MADANI, peranan institusi kewangan seperti CBP amat penting. Koperasi menjadi instrumen utama untuk membantu rakyat, khususnya golongan B40, usahawan mikro dan komuniti setempat,ā€ katanya lagi.

Setakat Disember 2024, lebih 16,000 koperasi telah didaftarkan di seluruh negara, dengan jumlah keanggotaan melebihi 7.2 juta orang, menurut data Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button