BERITA SEMASA

Calon SPM 2025 dinasihat segera maklumkan JPN jika terlibat bencana alam, banjir

KUALA LUMPUR – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 diingatkan untuk segera memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing sekiranya terlibat atau terkesan dengan bencana alam termasuk banjir bagi memastikan langkah pengurusan peperiksaan dapat diambil dengan sewajarnya.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, calon juga boleh menghubungi bilik gerakan Lembaga Peperiksaan dan JPN di seluruh negara untuk bantuan atau maklumat lanjut.

“KPM cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam khususnya banjir menjelang peperiksaan SPM 2025,” menurut kenyataan tersebut.

Tambah KPM, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan agensi seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta agensi berkaitan lain bagi memastikan pengurusan peperiksaan berjalan lancar.

Menurut KPM lagi, mereka berada dalam keadaan siap siaga dan komited dengan langkah persediaan serta operasi standard untuk memastikan SPM 2025 dapat diteruskan dengan teratur.

“KPM juga mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat,” katanya lagi.

Jadual Peperiksaan SPM 2025:

3 – 6 November: Ujian Bertutur Bahasa Melayu

10 – 13 November: Ujian Bertutur Bahasa Inggeris

17 -19 November: Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi)

19 November: Ujian Amali Sains Tambahan

20 November: Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

25 November – 23 Disember: Peperiksaan bertulis utama

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button