Cadangan kerajaan Australia pindahkan penduduk Pulau Cocos cetuskan kemarahan
PERTH – Cadangan kerajaan Australia untuk memindahkan ratusan penduduk Pulau Cocos mencetuskan kemarahan dalam kalangan penduduk pulau berkenaan.
Langkah yang terkandung dalam Pelan Pengurusan Risiko dan Penyesuaian Bahaya Pesisir (CHRMAP) itu dicadangkan berikutan ancaman kenaikan paras laut akibat perubahan iklim, lapor Australian Broadcasting Corporation (ABC).
Pulau Cocos, yang didiami penduduk kebanyakannya berketurunan Melayu, terletak 2,936 kilometer di barat Australia, semakin terancam oleh hakisan pantai dan kenaikan paras laut yang dijangka meningkat 18 sentimeter menjelang 2030.
Kerajaan mencadangkan pemindahan penduduk, sumber air, jalan raya dan kemudahan lain dalam tempoh 10 hingga 50 tahun akan datang sebagai langkah perlindungan jangka panjang.
Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Shire of Cocos Island, Frank Mills, kecewa kerana kerajaan enggan meneroka strategi mitigasi yang membolehkan penduduk terus menetap di situ.
Beliau menegaskan, keputusan berpindah bukan mudah kerana ramai telah tinggal di pulau itu selama beberapa generasi dan memiliki warisan budaya yang kuat.
Sementara itu, pakar iklim menggesa Australia mengurangkan pelepasan karbon bagi melindungi komuniti pulau rendah seperti Pulau Cocos dan negara pulau lain yang turut terancam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








