JENAYAH & MAHKAMAH

Bot nelayan karam di perairan Kerteh, tiada mangsa ditemukan

KEMAMAN – Sebuah bot nelayan bersama pukat ditemui karam kira-kira 500 meter dari pesisir pantai di perairan Kerteh, berhampiran Pelabuhan Kerteh, di sini malam tadi.

Bot tersebut ditemui sekitar pukul 9.05 malam hasil pemeriksaan oleh Polis Bantuan Petronas, namun tiada mangsa dijumpai di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian bot karam mahupun kehilangan nelayan di laut.

“Pencarian di perairan berhampiran bot karam tersebut juga tidak menemui sebarang petunjuk setakat ini.

“Jarak bot itu karam dengan pesisir pantai cuma kira-kira 500 meter,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Terdahulu, tular di media sosial satu video memaparkan sebuah bot ditemui karam di perairan Kerteh berkenaan.

Mohd Razi berkata, pemantauan akan terus dilakukan berhubung insiden tersebut dengan kerjasama Jabatan Laut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button