POLITIK

BERSATU pecat keahlian Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memecat keahlian anggota Majlis Pimpinan Tertingginya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Pemecatan itu disahkan Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia, Harris Idaham Rashid hari ini, kata BERNAMA.

“Ya betul (pemecatan itu). (Ini kerana) Beliau sebelum ini pernah dalam platform terbuka mengkritik Presiden BERSATU (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Beliau telah diberi peluang bagi membela diri dan mesyuarat Lembaga Disiplin yang bermesyuarat semalam telah memutuskan pemecatan beliau,” katanya.

Menurut Harris Idaham, Saifuddin didapati melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti, namun tidak memperincikan kesalahan khusus yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

Sementara itu, Saifuddin ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau telah dipecat sebagai ahli BERSATU.

Saifuddin yang juga bekas Pengerusi Perikatan Nasional Pahang memaklumkan, beliau menerima maklumat mengenai pemecatannya hari ini.

“Saya akan membuat rayuan dalam beberapa hari lagi,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button