BERITA SEMASAPOLITIK

BERSATU digesa pecat Wan Saiful

KUALA LUMPUR – Ketua BERSATU Tasek Gelugor, Azmi Alang menggesa agar pimpinan parti memecat Datuk Wan Saiful Wan Jan susulan kenyataannya yang dikatakan menjatuhkan maruah dan kredibiliti parti.

Dalam satu kenyataan, Azmi mendesak pucuk pimpinan parti mengambil tindakan tegas, termasuklah memecat beliau, demi menjaga integriti, disiplin dan maruah perjuangan BERSATU.

“Demi kelangsungan parti dan keyakinan rakyat, tindakan tegas termasuk pemecatan adalah satu-satunya jalan keluar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor dalam sidang media hari ini menafikan wujud gerakan untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Presiden BERSATU.

Beliau menjelaskan, akuan berkanun (SD) yang ditandatangani 120 ketua bahagian parti adalah bagi menyatakan sokongan terhadap pelan peralihan kuasa yang dipersetujui tahun lalu.

Selain itu, Wan Saiful turut mendakwa berlaku salah laku melibatkan dua pemimpin parti, Datuk Seri Azmin Ali dan Tun Faisal Ismail Aziz, termasuk ugutan fizikal serta serangan siber.

@malaysiatribune

‘saya akan hantar laporan disiplin mengenai salah laku Azmin dan Tun Faisal’ – wan saiful #malaysiatribune #beritasemasa #politikmalaysia

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Sementara itu, Azmi menggesa pemimpin BERSATU agar berani mengambil tindakan terhadap Wan Saiful kerana tindakannya hanya akan melemahkan parti.

“Kita mesti berani membuat keputusan yang tepat, walaupun pahit.

“Pemimpin yang gagal menunjukkan akhlak, disiplin dan kesetiaan kepada perjuangan bukan sahaja melemahkan semangat akar umbi, malah memberi peluru kepada pihak lawan untuk menyerang kita,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button