MP Sepang bertindak tegas, 2 lokasi pelupusan haram diserbu
DENGKIL – Sebuah lori disita dalam operasi bersepadu Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) yang menyasarkan dua lokasi pelupusan sampah haram sekitar Dengkil, semalam.
Operasi itu melibatkan Jabatan Penguatkuasaan MP Sepang bersama Pejabat Daerah dan Tanah Sepang (PDT Sepang), susulan aduan berulang penduduk serta risikan Unit Kawalan Sampah MP Sepang.
Menurut kenyataan MP Sepang, dua kawasan dikenal pasti sebagai lokasi aktif pembuangan sampah haram.
“Sebuah lori dikesan memasuki kawasan pelupusan tidak sah di Lot 128742, belakang Taman Jed.
“Sitaan dan tangkapan berjaya dilaksanakan sekitar pukul 9 malam,” katanya hari ini.
Katanya, tindakan diambil mengikut Peruntukan 13(1), Undang-Undang Kecil Pemungutan dan Pelupusan Sampah Sarap (MP Sepang) 2007 kerana memasuki tapak pelupusan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.
Sementara itu, di lokasi kedua berhampiran Jalan Lombong, Revolusi Hijau, sebuah lori dikesan cuba melarikan diri ketika rondaan dijalankan.
“Kenderaan terbabit berjaya meloloskan diri. Siasatan sedang dijalankan dan tindakan susulan akan diambil,” ujarnya.
Operasi itu turut disertai agensi keselamatan berkaitan mencerminkan komitment MP Sepang bagi menangani pelanggaran undang-undang berkaitan pelupusan sisa.
“Usaha bersepadu ini memperkukuh penguatkuasaan terhadap pelupusan haram, di samping memperlihatkan kerjasama erat antara agensi di peringkat daerah,” ujarnya.
MP Sepang menegaskan pemantauan akan terus dipertingkat secara berterusan bagi memastikan isu ini dapat dibanteras dengan lebih berkesan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







One Comment