BERITA SEMASA

Semua platform media sosial mula bincang had umur 16 tahun dengan MCMC

KUALA LUMPUR – Semua penyedia platform media sosial telah memulakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai penetapan had umur minimum penggunaan media sosial kepada 16 tahun.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mekanisme itu akan dilaksanakan menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID, serta sistem e-KYC (Electronic Know Your Customer) untuk memastikan kanak-kanak di bawah 16 tahun tidak terdedah kepada kandungan berbahaya.

@malaysiatribuneIsu had umur media sosial masih dalam perbincangan.Tarikh pelaksanaan belum ditetapkan, proses regulatory sandbox sedang berjalan. #malaysiatribune #hadumur #mediasosial #trendingnewsmalaysia #videoreelsシ

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Bagi pengguna bukan warganegara, pengesahan umur boleh dilakukan melalui pasport atau MyPR.

“Beberapa platform mengandungi kandungan pornografi, jenayah seksual terhadap kanak-kanak, penipuan serta bahan yang boleh menjejaskan perkembangan minda anak-anak.

“Oleh itu, saya meminta MCMC mengadakan Regulatory Sandbox bagi membincangkan keupayaan dan isu teknikal platform dalam melaksanakan pengesahan umur,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, proses Regulatory Sandbox adalah libat urus berterusan dengan platform media sosial dan akan diteruskan sepanjang suku pertama tahun ini.

Setakat ini, maklum balas dan kerjasama daripada semua platform adalah baik.

Fahmi berkata, pendekatan Malaysia akan disesuaikan dengan keunikan tempatan, termasuk penggunaan MyKad, yang tidak dimiliki oleh semua negara.

Beliau turut menasihati ibu bapa agar memainkan peranan aktif memantau penggunaan media sosial anak-anak bagi mewujudkan persekitaran digital yang selamat dan bertanggungjawab.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button