BERITA SEMASA

Saman PDRM, JPJ diselaras, bayar awal dapat diskaun 50 peratus – Loke

KUALA LUMPUR – Kadar dan kaedah kompaun saman trafik dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diselaras bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang jalan raya lebih seragam mulai 1 Januari depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu diambil memandangkan terdapat perbezaan ketara dalam kaedah kompaun serta pelaksanaan tindakan antara kedua-dua agensi terbabit.

Beliau berkata, prinsip baharu pembayaran saman akan turut diperkenalkan, iaitu lebih awal menjelaskan bayaran saman, lebih rendah kadar kompaun selepas diberikan diskaun.

“Selama ini, ada kekeliruan dalam kadar dan cara pelaksanaan JPJ dan PDRM dan dengan pelarasan ini, kadar kompaun akan diseragamkan.

“Prinsip baharu akan diguna pakai ialah The Less You Delay, The Less You Pay, iaitu lebih awal seseorang menjelaskan saman, lebih rendah kadar kompaunnya.

“Kaedah sebelum ini yang memberi diskaun hanya semasa kempen khas akan digantikan kerana ia tidak adil kepada mereka yang bayar saman lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Pusat Media Parlimen hari ini.

@malaysiatribune

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan prinsip baharu pembayaran saman, iaitu lebih awal menjelaskan bayaran saman, lebih rendah kadar kompaun selepas diberikan diskaun. Berdasarkan struktur baharu yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan, bayaran yang dibuat dalam tempoh 1 hingga 15 hari selepas tarikh notis akan menikmati pengurangan 50 peratus, manakala 16 hingga 30 hari mendapat pengurangan 33 peratus. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Loke menjelaskan, berdasarkan struktur baharu itu, bayaran yang dibuat dalam tempoh 1 hingga 15 hari selepas tarikh notis akan menikmati pengurangan 50 peratus, manakala 16 hingga 30 hari mendapat pengurangan 33 peratus.

“Bayaran dijelaskan dalam tempoh antara 31 hingga 60 hari dikenakan kadar kompaun maksimum, manakala selepas 61 hari, tindakan mahkamah dan senarai hitam akan dikenakan,” katanya.

Walau bagaimanapun, katanya, insentif baharu itu tidak terpakai bagi kesalahan serius yang tidak boleh dikompaun seperti tiada insurans, tiada lesen memandu atau mempamerkan lesen kenderaan motor (LKM) palsu.

Pada masa sama, Loke turut memaklumkan
kerajaan kini menawarkan kompaun khas bermula 1 November hingga 30 Disember dengan pengurangan antara 50 hingga 70 peratus bagi saman boleh dikompaun dikeluarkan JPJ dan PDRM.

“Selepas tempoh itu, prinsip The Less You Delay, The Less You Pay sepenuhnya dan tiada lagi tawaran diskaun untuk saman yang tidak dibayar,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button