PM tegur King Sing, MOTAC agar isu arak tidak berulang
SEPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing agar memastikan kesilapan menghidangkan arak di acara rasmi kerajaan tidak berulang.
Anwar berkata, penjelasan kementerian itu bahawa minuman keras hanya dihidangkan selepas selesai acara rasmi adalah tidak wajar kerana dasar kerajaan secara tegas tidak membenarkan ia dihidangkan sama sekali.
“Penjelasan MOTAC ialah ini setelah selesai acara rasmi, tapi tempat dan majlis yang sama.
“Kami telah berikan peringatan keras kepada Menteri dan Kementerian supaya tidak mengulangi kesilapan ini walaupun penjelasan itu adalah bahawa program berakhir tetapi tidak wajar sama sekali,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian kepada Bernama dan RTM di Kompleks Bunga Raya, di sini hari ini selepas menghantar pulang Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif yang selesai mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.
Isu tersebut timbul selepas Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin memuat naik video di Facebook yang mempersoalkan penghidangan minuman beralkohol dalam majlis kerajaan.
Insiden itu berlaku pada Majlis Makan Malam Gala Global Travel Meet 2025 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment