PM perlu segera perjelas isu pelantikan hakim – Rafizi
PUCHONG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak perlu menyembunyikan apa-apa berkaitan isu pelantikan badan kehakiman, sebaliknya beliau perlu segera menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat, kata Datuk Seri Rafizi Ramli.
Menurut bekas Timbalan Presiden PKR itu, jika isu pelantikan Ketua Hakim Negara dibiarkan berlarutan tanpa penjelasan yang jelas, ia berpotensi mencetuskan lebih banyak spekulasi dan persepsi negatif terhadap integriti serta kredibiliti sistem kehakiman.
“Hanya segelintir daripada 34 juta rakyat Malaysia yang tahu hal sebenar. Tapi, kesannya besar kerana semakin lama kita tangguh, semakin banyak spekulasi, khabar angin dan tuduhan yang tersebar.
“Yang akan bayar harga paling mahal adalah kebebasan dan integriti kehakiman,” katanya pada sidang media khas di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membacakan kenyataan bersama yang ditandatangani oleh sembilan wakil rakyat PKR termasuk Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang Jaya hari ini.
Dalam kenyataan bersama itu, sembilan Ahli Parlimen berkenaan sebulat suara bersetuju agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berhubung kemelut dalam institusi kehakiman negara.
Baca juga : Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat kemelut institusi kehakiman negara
Sementara itu, Rafizi turut menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan tekanan berterusan dari pelbagai pihak luar, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, hakim, peguam dan laporan polis yang mampu mencetuskan kekeliruan.
“Jika kerajaan tidak bertindak dari awal, rakyat akan membuat kesimpulan mereka sendiri yang mungkin tepat, namun tidak mustahil juga tersasar,” jelasnya
Tambah bekas Menteri Ekonomi itu, satu siri forum awam akan dianjurkan di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai isu tersebut, bermula di Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Julai ini.
“Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia memberi perhatian kepada isu ini yang mempunyai kesan besar kepada rakyat dan negara di masa hadapan, walaupun ia mungkin dilihat remeh di celah-celah pelbagai isu lain,” ujar Rafizi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment