Pelajar UM maut dipercayai terjatuh di kolej kediaman
KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Universiti Malaya (UM) maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama kediamannya di Kolej ke-13, di sini petang tadi.
Dalam satu kenyataan, UM mengesahkan kematian pelajar berkenaan, sambil menzahirkan rasa dukacita terhadap keluarga Allahyarham.
“Universiti Malaya dengan rasa dukacita yang amat mendalam mengesahkan bahawa mahasiswa yang terlibat dalam insiden di Kolej Kediaman pada hari ini telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya.
UM berkata, pihaknya melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar sedang menyalurkan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham bagi.
“Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa, dan pihaknya pada masa ini memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan kes itu,” katanya.
Dalam masa sama, UM meminta semua pihak agar menghormati privasi keluarga pelajar terbabit serta tidak membuat sebarang spekulasi atau perkongsian maklumat yang tidak sahih berhubung insiden ini.
“Universiti Malaya turut menyeru seluruh warga kampus agar bersama-sama mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham dan ketabahan keluarganya, ” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment