BERITA SEMASA

Jabatan Kesihatan Kedah siasat penularan penyakit belum dikenal pasti libatkan pelajar, kakitangan sekolah menengah

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Kedah mengesan penularan penyakit yang belum dikenal pasti melibatkan pelajar dan kakitangan sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Muda, baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria, semua pesakit menunjukkan simptom seperti selesema, demam, batuk, lepuh, muntah, cirit-birit, dan ruam merah, lapor Star Online.

Menurut beliau, pihak berkuasa kesihatan diingatkan untuk memantau pesakit yang mempunyai sejarah melawat, bermalam, atau menyertai aktiviti di sebuah kem latihan persendirian di Yan pada atau selepas 3 April lalu.

“Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan terdapat penyakit berjangkit yang tidak dikenal pasti melibatkan pelajar dan kakitangan sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Muda.

“(Sehubungan itu) Semua pegawai perubatan mesti segera memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Kedah sekiranya terdapat pesakit yang memenuhi mana-mana kriteria yang disebutkan,” katanya, semalam.

Tambahnya, siasatan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda dan Yan mengesahkan pelajar-pelajar tersebut menghadiri satu kem latihan di daerah Yan.

“Kes-kes yang terlibat setakat ini melibatkan pelajar berumur 14 tahun dan beberapa kakitangan. Semua pesakit sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim dan berada dalam keadaan stabil,” katanya lagi.

Mansor turut menambha, pemeriksaan dan penilaian risiko telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terlibat, dan sekatan telah dikenakan di kawasan tersebut.

“Saya menyeru semua pihak untuk mengambil langkah pencegahan dan menjaga kebersihan di kawasan kediaman dan kawasan rekreasi bagi mengelakkan penularan sebarang penyakit berjangkit,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button