Anwar ucap tahniah kepada PM Singapura, tekad perkukuh hubungan dua hala
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) atas kemenangan besar mereka dalam dalam pilihan raya umum republik itu baru-baru ini.
Anwar berkata, Malaysia bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan Lawrence dan pentadbirannya dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin.
“Hubungan berteraskan sejarah bersama-sama selain kerjasama ekonomi yang erat dan utuh selain jalinan sesama rakyat yang berjiran ini.
“Saya yakin di bawah kepimpinan Lawrence, hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura akan terus berkembang dengan lebih kukuh, terutamanya ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun ini,” katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook selepas mengadakan panggilan telefon dengan Lawrence hari ini.
Anwar menambah, PAP menerima mandat kukuh apabila memenangi 87 daripada 97 kerusi, sekali gus mencerminkan keyakinan dan kepercayaan tinggi rakyat Singapura terhadap kepimpinan Lawrence.
Terdahulu, PAP memperoleh kemenangan besar dengan 65.57 peratus undi popular, mencatat peningkatan lebih empat mata peratusan berbanding keputusan pada 2020.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








