BERITA SEMASAPMX

Belanjawan 2023: Kerajaan tidak berhasrat benarkan pengeluaran KWSP secara bersasar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk memberi kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Perdana Menteri berkata, langkah itu akan menjejaskan dividen yang akan diperoleh pencarum lain.

“Kita boleh keluar dalam keadaan terdesak, kalau kerajaan bagi RM500, kepada kategori miskin kemudian kerajaan benarkan golongan kaya keluarkan wanng mereka, dividen golonga miskin akan terjejas kita kena buat pilihan di sini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar turut mengumumkan kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000 sebanyak RM500.

Katanya, program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir 1 bilion ringgit.

Sementara itu, katanya, bagi menggalakkan lebih ramai orang bekerja sendiri menyimpan dalam KWSP,kerajaan juga akan meningkatkan nilai sumbangan padanan kepada RM300 ringgit berbanding RM250 sebelum ini.

Katanya, sebanyak RM30 juta disediakan untuk manfaat lebih 100,000 pencarum.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button