Bekas MB Perlis tangguh haji demi Sidang DUN
KANGAR – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli meminda tarikh penerbangan bagi menunaikan ibadah haji dipercayai untuk menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mencetuskan perhatian ramai.
Menurut Dr Fathul Bari Mat Jahaya, sahabat beliau yang dijadual berangkat ke Tanah Suci pada 21 April itu telah mengambil keputusan menunda penerbangan bagi menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Bagaimanapun beliau mendakwa, keadaan itu mengundang tanda tanya kerana sidang DUN negeri itu hanya akan berlangsung pada Jun depan.
“Apabila wakil rakyat sanggup mengorbankan urusan peribadi demi negeri, rakyat tentunya mengharapkan kejelasan dan ketelusan daripada kerajaan negeri,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau turut memaklumkan bahawa kesemua enam ADUN PAS di negeri itu dilapor mempersoalkan tindakan bekas menteri besar Perlis ke-10 itu yang disifatkan sebagai luar biasa.
Sehubungan itu, beliau berharap sebarang alasan di sebalik keputusan penangguhan Sidang DUN dapat dijelaskan secara terbuka kepada semua ADUN dan rakyat bagi mengelakkan spekulasi berterusan.
“Jika ada sebab yang kukuh, wajar dikongsikan agar tidak menimbulkan pelbagai persoalan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







