BERITA SEMASA

Beberapa perkara diperhalusi sebelum kenaikan umur persaraan 65 tahun – Dr Zaliha

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti secara mendalam cadangan menaikkan umur persaraan sektor awam dan swasta daripada 60 kepada 65 tahun dengan memberi tumpuan kepada beberapa aspek utama sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, kajian yang dijalankan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melibatkan faktor kesihatan, tahap produktiviti, peluang kenaikan pangkat pegawai muda serta implikasi fiskal negara dalam jangka pendek dan panjang.

“Cadangan turut melibatkan perincian sama ada kenaikan umur persaraan dilaksanakan secara berperingkat atau diberi pilihan kepada pegawai.

“Mereka yang mahu kekal sehingga 65 tahun juga perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan psikometrik bagi memastikan hanya pegawai berkompetensi dikekalkan,” katanya ketika sesi penggulungan RMK13 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Dr Zaliha, perbincangan dengan CUEPACS menekankan keperluan pendekatan seimbang antara kepentingan negara, kebajikan penjawat awam serta kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau menambah, sebarang perubahan akan mengambil kira dapatan Rangka Tindakan Penuaan Nasional di bawah Kementerian Ekonomi yang menunjukkan keperluan dasar menyesuaikan umur persaraan dengan trend peningkatan warga emas negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button