BERITA SEMASA

BDR penjawat awam jimat RM678,000 dalam tempoh seminggu

PUTRAJAYA – Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam kalangan penjawat awam membuahkan hasil apabila berjaya menjimatkan kos bahan api mencecah RM678,000 dalam tempoh kira-kira seminggu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat ini seramai 155,000 penjawat awam telah mendaftar di bawah inisiatif tersebut.

Menurut beliau, berdasarkan laporan status yang dibentangkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar kepada Jemaah Menteri, langkah itu dilihat berkesan dalam menangani cabaran krisis bekalan global.

“Sejak 15 April hingga semalam, dianggarkan sebanyak 334,000 liter bahan api berjaya dijimatkan, bersamaan nilai RM678,000,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengingatkan semua kementerian dan agensi kerajaan supaya mengutamakan langkah penjimatan bahan bakar.

Beliau menegaskan, agensi di bawah kementerian perlu memperbanyakkan mesyuarat secara dalam talian, mengurangkan perjalanan ke luar negara serta mengehadkan penganjuran program bersemuka.

“Selain itu, penggunaan premis kerajaan perlu diutamakan bagi pelaksanaan bengkel dan program latihan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, kerajaan kini meneliti impak menyeluruh pelaksanaan BDR terhadap ekonomi negara.

Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Negara telah diarah mendapatkan maklumat terperinci daripada sektor swasta berhubung pelaksanaan BDR di syarikat masing-masing bagi menilai jumlah keseluruhan penjimatan secara kolektif.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button