Bayi doktor maut ditinggalkan sepanjang hari di dalam kereta
KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas dipercayai ditinggalkan kira-kira 10 jam di dalam kereta oleh ibunya yang merupakan doktor di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Cheras di sini, semalam.
Ketua Polis Cheras, Asistan Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila ibu mangsa terlupa untuk menghantar anaknya ke taska sebelum masuk bekerja lalu meninggalkan bayi berkenaan di tempat duduk belakang.
“Ibu bayi itu menyangkakan anaknya sudah dihantar ke taska seperti setiap hari hari. Dia terus memandu ke tempat kerja tanpa menyedari anaknya masih di tempat duduk belakang.
“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 5.33 petang dan kemudian disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zam berkata, ibu mangsa menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke taska seperti biasa.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







