BERITA SEMASA

Batik Air buka laluan terus Langkawi–Tashkent 14 Disember ini

KUALA LUMPUR – Batik Air terus memperluas rangkaian antarabangsa apabila mengumumkan pengenalan laluan baharu secara terus dari Langkawi ke Tashkent, Uzbekistan bermula 14 Disember ini.

Batik Air buka laluan terus Langkawi–Tashkent 14 Disember ini
Batik Air buka laluan terus Langkawi–Tashkent 14 Disember ini

Batik Air memaklumkan laluan berkenaan akan beroperasi sekali seminggu dan melengkapi perkhidmatan Kuala Lumpur–Tashkent sedia ada, seterusnya memberikan lebih pilihan serta kemudahan kepada pelancong antarabangsa untuk ke Malaysia tanpa perlu transit di ibu negara .

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, pengenalan laluan baharu itu membuktikan komitmen syarikat dalam menyokong agenda pelancongan negara selain membuka ruang pasaran lebih luas dari Uzbekistan.

Batik Air buka laluan terus Langkawi–Tashkent 14 Disember ini
Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy

“Kami amat berbesar hati dapat menyediakan akses langsung kepada pelancong Uzbekistan ke Langkawi.

“Ini bukan sahaja menyokong VM2026, malah memperkukuh kedudukan Langkawi sebagai destinasi utama pelancong antarabangsa.

“Inisiatif ini turut melengkapkan perkhidmatan Kuala Lumpur–Tashkent sedia ada dan kami yakin ia akan merancakkan lagi hubungan pelancongan serta perdagangan antara kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Batik Air buka laluan terus Langkawi–Tashkent 14 Disember ini
Batik Air

Tashkent, ibu negara Uzbekistan, terkenal dengan seni bina Islam, bazar klasik dan warisan budaya yang kian mendapat perhatian komuniti pelancongan dunia.

Laluan terus itu dilihat membuka peluang lebih luas dari sudut pelancongan, ekonomi dan pertukaran budaya antara Malaysia dan Asia Tengah .

Maklumat lanjut mengenai jadual penerbangan dan tempahan boleh didapati melalui aplikasi mudah alih Batik Air atau laman sesawang rasmi syarikat berkenaan .

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button