Batik Air lancar Fixed Fares for Your Reunion, mudahkan perjalanan sempena perayaan
KUALA LUMPUR – Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, Batik Air hari ini mengumumkan pelancaran kempen ‘Fixed Fares for Your Reunion’, bertujuan memudahkan perjalanan rakyat Malaysia dengan harga tambang tetap, lebih mudah dirancang dan bebas tekanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy, berkata, kempen itu membolehkan penumpang menikmati tambang yang telah ditetapkan bagi destinasi utama sebelum musim puncak perjalanan, membolehkan keluarga merancang perjalanan Tahun Baharu Cina dengan yakin.
Katanya, Batik Air menawarkan tambang tetap dari Kuala Lumpur/Subang ke Kuching bermula RM318 untuk sehala, dan ke Kota Kinabalu bermula RM378 untuk sehala.
“Tempoh tempahan dibuka mulai sekarang sehingga 13 Februari 2026, dengan tempoh perjalanan dari 13 hingga 16 Februari 2026.
“Tambang yang ditawarkan adalah mudah, mampu milik dan fleksibel, supaya perjalanan dapat dirancang tanpa stres, dan fokus utama tetap kepada merapatkan silaturahim keluarga.
“Kami juga menambah penerbangan dan laluan sempena musim perayaan ini agar perjalanan lebih lancar dan keluarga dapat menikmati setiap detik yang dihabiskan bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Batik Air turut menambah penerbangan tambahan dari Johor Bahru ke Penang (12 hingga 14 Februari 2026) dan ke Sibu (13 hingga 15 Februari 2026), dengan tambang sehala bermula RM388 ke Penang dan RM588 ke Sibu, memberikan penumpang lebih fleksibiliti semasa musim perayaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyambut baik inisiatif Batik Air itu, menegaskan bahawa tambang udara yang mampu milik dan boleh dijangka memainkan peranan penting dalam memudahkan mobiliti dan hubungan sosial, terutamanya semasa musim puncak seperti Tahun Baharu Cina.
Selain itu, Batik Air juga melancarkan program perjalanan pelajar baharu, ‘Batik Student Fare’, yang menawarkan diskaun sepanjang tahun bagi pelajar, pensyarah dan komuniti kampus.
Program ini bertujuan memudahkan akses pendidikan, pembangunan diri dan peluang eksplorasi di dalam dan luar negara.
Untuk maklumat lanjut dan merancang perjalanan anda, muat turun aplikasi mudah alih Batik Air atau layari www.batikair.com.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








