JENAYAH & MAHKAMAH

Bapa didakwa abai anak hingga jatuh lubang pembetung

KUCHING – Seorang bapa didakwa mengabaikankan anak lelakinya berusia dua tahun hingga mangsa terjatuh dan lemas di dalam lubang pembetung tidak bertutup di Jalan Dr Wong Soon Kai, Sibu pada Ogos lalu.

Tertuduh, Ling Hoe Hock, 54, yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Hoe Hock didakwa mengabaikan anaknya, Ethan Ling apabila meninggalkannya tanpa pengawasan sehingga menyebabkan kanak-kanak itu lemas kira-kira pukul 6.20 petang, 4 Ogos lalu, lapor BH Online.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Cynthia Emmelda Jerry mencadangkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin tempatan atas alasan risiko tertuduh melarikan diri.

Bagaimanapun peguam bela, Jessie Wong yang mewakili tertuduh memohon jumlah ikat jamin minimum RM1,000 atas alasan anak guamnya hadir secara sukarela ke mahkamah.

Wong juga memaklumkan bahawa tertuduh tidak bekerja dan menjaga tiga anak, manakala isterinya yang bekerja di Singapura sudah berhenti kerja dan kini turut menganggur.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM7,000 dengan RM5,000 perlu didepositkan bersama dua penjamin tempatan serta menetapkan 30 Oktober depan sebagai tarikh pengurusan kes.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembetung di Sibu pada 4 Ogos 2025.

Anggota bomba kemudian menjalankan pemeriksaan dan usaha pencarian sebelum menemui mayat mangsa terapung di dalam pembetung itu kira-kira pukul 7 malam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button