BERITA SEMASAGALERI

Balai Seni Negara umum 17 penerima Tabung Bantuan Seni

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Balai Seni Negara semalam mengumumkan 17 penerima Tabung Bantuan Seni (TBS) Bilangan 1 tahun 2025 yang melibatkan pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti seni visual di peringkat tempatan serta antarabangsa.

“TBS bertujuan memberi sokongan kepada penggiat seni tanah air dalam menjayakan program dan aktiviti berimpak tinggi yang mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan landskap seni dan pengukuhan jaringan komuniti kreatif.

“Ia turut menjadi medium penting dalam memperkukuh ekosistem seni visual negara serta merancakkan keterlihatan seni Malaysia di pentas dunia,” kata Balai Seni Negara dalam satu kenyataan.

Senarai 17 penerima Tabung Bantuan Seni oleh Balai Seni Negara dan MOTAC.

Menurut kenyataan itu lagi, sekretariat TBS telah menerima sebanyak 44 permohonan dan Panel Penilai TBS yang bersidang telah meluluskan 17 permohonan.

“Inisiatif yang berterusan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan seni yang inklusif, progresif dan mampan, selari dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab seni serantau.

“Ia juga bertujuan memastikan bakat tempatan terus diberi ruang, sokongan dan pengiktirafan sewajarnya untuk berkembang serta mengharumkan nama negara di peringkat global.

“Balai Seni Negara mengucapkan tahniah kepada semua pemohon yang berjaya. Semoga program dan aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada semua pihak, serta memperkukuh jalinan seni dan masyarakat,” ujar kenyataan itu lagi.

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara atau layari laman
sesawang www.artgallery.gov.my.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button