BERITA SEMASASUKAN

[VIDEO] Azizulhasni masih berbisa, rangkul emas keirin Piala Dunia

CYBERJAYA – Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikan beliau masih berbisa dalam acara keirin apabila berjaya menggondol pingat emas pada pusingan pembukaan siri UCI Track Cycling World Cup di Perth, Australia hari ini.

Azizulhasni, yang bermula di kedudukan kelima di belakang derny dalam perlumbaan akhir, mengekori rapat pelumba pilihan, Matthew Richardson dari United Kingdom (UK) pada pusingan kedua terakhir di Perth SpeedDome.

@malaysiatribune

Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikan beliau masih berbisa dalam acara keirin apabila berjaya menggondol pingat emas pada pusingan pembukaan siri UCI Track Cycling World Cup di Perth, Australia hari ini. Azizulhasni, yang bermula di kedudukan kelima di belakang derny dalam perlumbaan akhir, mengekori rapat pelumba pilihan, Matthew Richardson dari United Kingdom (UK) pada pusingan kedua terakhir di Perth SpeedDome. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Richardson mendahului di laluan lurus terakhir, namun dipintas hanya dengan perbezaan kira-kira seinci menerusi rakaman foto penamat oleh Azizulhasni.

Kejayaan hari ini merupakan pencapaian luar biasa buat pelumba berusia 38 tahun itu apabila beliau terpaksa melalui pusingan repechage selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam saringan awal yang diadakan sebelumnya.

Sementara itu, dalam acara pecut individu wanita, kedua-dua pelumba negara iaitu Izzah Izzati Asri dan Nur Alyssa Farid gagal melepasi pusingan kedua pertandingan.

Izzah tewas kepada juara Olimpik, Ellesse Andrews dari New Zealand, manakala Alyssa disingkirkan oleh pelumba Yuan Liying dari China.

Izzah dan Alyssa masing-masing menduduki tempat ke-13 dan ke-14 dalam pusingan kelayakan awal hari selepas mencatat masa 11.042 saat dan 11.058 saat.

Azizulhasni dijadualkan beraksi dalam acara pecut individu lelaki, manakala Izzah dan Alyssa akan bertanding dalam acara keirin wanita, esok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button