AS haramkan anti virus Kaspersky
NEW YORK – Anti virus popular Kaspersky dan pengemaskiniannya diharamkan dijual di negara ini atas alasan keselamatan.
Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS), firma keselamatan siber yang berpangkalan di Rusia itu diharamkan daripada menyediakan produk perisian komputer.
“Kaspersky secara amnya dilarang menjual perisiannya di AS atau menyediakan kemas kini kepada perisian yang sudah digunakan,” menurut agensi itu melalui kenyataan.
Pengumuman itu dibuat selepas siasatan mendapati operasi berterusan Kaspersky di Amerika Syarikat mendedahkan risiko keselamatan siber negara itu.
Setiausaha Perdagangan AS Gina Raimondo mendakwa Rusia sekali lagi menunjukkan bahawa mereka mempunyai keupayaan dan niat untuk mengeksploitasi syarikat Rusia seperti Kaspersky Lab untuk mengumpul dan menggunakan maklumat sensitif AS.
Sementara itu, Kaspersky dalam kenyataan berkata, Jabatan Perdagangan AS membuat keputusan yang dipengaruhi iklim geopolitik semasa dan kebimbangan teori semata-mata.
Kaspersky berikrar meneruskan pilihan yang tersedia secara sah untuk mengekalkan operasi dan hubungan semasanya.
“Kaspersky tidak terlibat dalam aktiviti yang mengancam keselamatan negara AS sebaliknya, Kaspersky telah memberikan sumbangan besar dalam pelaporan dan perlindungannya daripada pelbagai ancaman yang menyasarkan kepentingan dan sekutu AS,” kata syarikat itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








