BERITA SEMASA

Armada BERSATU seru anak muda tolak RUU URA

KUALA LUMPUR – Armada BERSATU menyeru golongan muda di seluruh negara untuk bangkit menolak Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) yang disifatkan mengancam masa depan rakyat, khususnya generasi muda.

Ketua Armada BERSATU, Hilman Idham berkata, RUU yang dibawa oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu jelas tidak melindungi hak pemilikan rakyat sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, malah bercanggah dengan beberapa akta sedia ada.

“Penurunan ambang persetujuan dalam RUU ini adalah satu bentuk rompakan hak rakyat secara terbuka.

“Cadangan tersebut turut mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Hilman, pihaknya menegaskan bahawa sebarang cadangan undang-undang mesti menepati semangat dan prinsip asas perundangan dengan memastikan hak individu, komuniti dan generasi akan datang terus dipelihara.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh anak muda, termasuk kepimpinan sayap pemuda parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk segera bermuafakat menolak RUU URA.

“Pertahankan hak pemilikan dan masa depan rakyat. Peringatan kepada Menteri KPKT yang angkuh dan sombong, ‘hak’ adalah sesuatu yang dimiliki sebagai warganegara dan tidak boleh dinafikan kuasa majoriti.

“Yang boleh dan akan dinafikan oleh kuasa majoriti adalah kedudukan kamu sebagai kerajaan dan menteri,” tegasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button