BERITA SEMASABISNES & EKONOMIPMX

Anwar zahir rasa syukur ringgit catat paras tertinggi lebih tujuh tahun

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur susulan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mencatat paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun.

“Alhamdulillah,” jawab beliau ringkas selepas ditanya mengenai ringgit yang mencecah paras 4.00 berbanding dolar AS, menandakan prestasi terbaik sejak 18 Jun 2018.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian selepas merasmikan Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Baca juga : Prestasi ringgit kukuh, ekonomi Malaysia lepasi sasaran pertumbuhan 2025

Hadir sama, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Jumaat lalu, ringgit menembusi paras psikologi penting 4.00 berbanding dolar AS pada 3.9992, sekali gus menandakan paras paling kukuh mata wang Malaysia dalam tempoh lebih tujuh tahun, dengan rekod terakhir pada 3.9960/9990.

Prestasi ringgit turut meningkat berbanding sekumpulan mata wang utama lain, termasuk yen Jepun kepada 2.5337/5361 daripada 2.5637/5670 pada minggu sebelumnya, euro kepada 4.6993/7034 daripada 4.7076/7134, serta pound Britain kepada 5.4177/4224 daripada 5.4332/4399.

Di peringkat serantau, ringgit turut mengukuh berbanding mata wang negara ASEAN lain, termasuk baht Thailand kepada 12.8362/8544 daripada 12.9115/9332 dan dolar Singapura kepada 3.1302/1330 daripada 3.1479/1521.

Mata wang tempatan juga mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 238.0/238.3 daripada 240.1/240.5 minggu lalu serta menokok berbanding peso Filipina kepada 6.77/6.78 daripada 6.83/6.84 sebelum ini.

Pengukuhan ini menandakan keyakinan pasaran terhadap ringgit terus meningkat dan menjadi petanda positif terhadap kestabilan ekonomi negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button