BERITA SEMASA

Anwar ucap takziah pemergian isteri Premier Sarawak

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian isteri Premier Sarawak, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang, pagi ini.

“Saya dan Azizah berduka menerima khabar pemergian isteri kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg awal pagi tadi.

“Seluruh ingatan kami pada keluarga Allahyarhamah, terutama buat Abang Jo yang baru saya temui semalam. Moga terus sabar dan tabah menerima ujian ini,” tulis Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut mendoakan kesejahteraan roh arwah yang meninggal dunia pada usia 76 tahun.

“Kami sekeluarga menitipkan doa semoga ruh Allahyarhamah diampunkan segala dosanya dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi-Nya. Al-Fatihah,” kata Anwar.

Terdahulu, Juma’ani menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.34 pagi tadi di Pusat Perubatan Normah di Kuching, Sarawak.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman berkata, majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek Petra Jaya bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button