JENAYAH & MAHKAMAH

Anggota polis ditemukan maut di rumah

LARUT – Seorang anggota polis berpangkat koperal ditemukan maut di dapur rumahnya dekat Selama, hari ini.

Jasad mangsa ditemukan oleh isterinya yang baru pulang menghantar anak ke sekolah sekitar jam 7.40 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Sarudin Samah, isteri mangsa menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum memaklumkan kepada penyelia balai.

“Berdasarkan rekod, mangsa bertugas di bahagian am sebuah balai polis di Selama.

“Mangsa juga telah berkahwin dan mempunyai tiga anak berusia antara tujuh hingga 14 tahun,” katanya hari ini.

Related Articles

Beliau kemudiannya menambah, polis telah merakam percakapan ahli keluarga mangsa bagi membantu siasatan.

“Punca kematian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan diperolehi sebaik proses bedah siasat selesai,” katanya.

Sarudin turut meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi negatif berhubung kejadian terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button