AMK Pulau Pinang sokong harga petrol RM1.99, ingatkan kerajaan sedia lengkap sebelum pelaksanaan
GEORGE TOWN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menyokong penuh inisiatif kerajaan memperkenalkan harga petrol RM1.99 seliter menggunakan kad pengenalan (MyKad) namun mengingatkan agar persediaan menyeluruh dilakukan sebelum pelaksanaannya.
Ketua AMK Pulau Pinang, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, langkah tersebut diyakini mampu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat serta menzahirkan janji kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, beliau menegaskan pentingnya kerajaan memastikan segala kelengkapan, sistem dan mekanisme sokongan berfungsi dengan baik bagi mengelakkan sebarang isu teknikal.
“Pengalaman daripada masalah teknikal seperti dalam program i-Sara wajar dijadikan pengajaran, agar rakyat tidak berdepan kesulitan yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap dasar yang baik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, dengan perancangan rapi dan persiapan teliti, inisiatif itu bukan sahaja dapat berjalan lancar, malah memberi manfaat besar kepada rakyat.
“AMK Pulau Pinang percaya inisiatif ini akan membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








