POLITIK

Aminuddin sahkan tiada rundingan dengan ADUN BN, pembangkang

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, menegaskan bahawa tiada sebarang perundingan dilakukan dengan mana-mana Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN), sama ada daripada Barisan Nasional (BN) mahupun pihak pembangkang, susulan kemelut politik yang melanda negeri tersebut.

Meskipun berstatus kerajaan minoriti, Aminuddin menegaskan pentadbiran beliau masih berjalan seperti biasa dengan fokus utama diberikan kepada agenda rakyat.

“Setakat ini, saya tak ada bincang dengan 14 ADUN BN yang menarik sokongan, malah ketika hari kejadian saya ada cuba hubungi beberapa ADUN untuk mengesahkan, tapi semua tutup telefon.

“Terbaru belum ada lagi sebab mereka dah tarik sokongan. Tak nak berkawan dengan saya, kata dah ceraikan saya dan saya belum ada maklumat lagi (berhubung) dakwaan ada ADUN UMNO nak rujuk,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat EXCO di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan ada beberapa ADUN UMNO dikatakan membuat pusingan U bagi menyatakan sokongan kepadanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button