Akibat serang pelajar guna tukul, remaja Malaysia dihukum penjara seumur hidup di UK
LONDON – Akibat terlalu taksub dengan tukul dan pembunuh ganas, seorang remaja warga Malaysia bertindak menyerang dua pelajar di United Kingdom (UK) sehingga mengakibatkan kecederaan parah terhadap kedua-dua mangsa.
Thomas Wei Huang, 17, dikatakan ‘mempelajari’ perlakuan sedemikian selepas melakukan penyelidikan secara dalam talian mengenai pembunuhan bersiri dan kaedah membunuh.
Semasa perbicaraan, seorang pakar psikologi mencadangkan bahawa tindakan Wei Huang boleh dikaitkan dengan keganasan semasa tidur.
Pada masa yang sama, seorang lagi pakar berhujah bahawa Wei Huang mungkin dalam keadaan sedar semasa melakukan serangan itu.
Menurut Wei Huang, dia ada menyimpan tukul di tepi katilnya untuk melindungi dirinya daripada ‘kiamat zombi’, sambil menambah kesal dengan tindakannya itu, memetik laporan akhbar Daily Mail.
Wei Huang yang ketika itu berusia 16 tahun, menyerang dua remaja lelaki di asrama Sekolah Blondell dekat Tiverton, Devon pada Jun tahun lalu.
Susulan kejadian itu, kedua-dua remaja itu mengalami keretakan tengkorak dan kecederaan pada tulang rusuk, limpa dan paru-paru, manakala seorang lagi mangsa mengalami tertusuk paru-parunya.
Selain itu, Wei Huang juga menyerang guru yang cuba campur tangan dengan memukulnya berulang kali dekat bahagian kepala dengan tukul.
Hakim Johannah Cutts, menyifatkan
tindakan Wei Huang menimbulkan risiko besar untuk mengulangi tingkah lalu sama sehingga yang boleh mengundang bahaya kepada orang ramai.
Wei Huang kemudian dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan hukuman penjara minimum 12 tahun.
Identiti Wei Huang pada mulanya dirahsiakan, namun mengambil kira peningkatan kes
seumpama itu baru-baru ini, ia telah didedahkan kepada umum.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








