Permintaan tinggi peminat, Ahmad’s Fried Chicken buka cawangan ke-47 di TTDI Jaya
SHAH ALAM — Keinginan tinggi peminat di Lembah Klang untuk menikmati ayam goreng Ahmad’s akhirnya tercapai apabila Ahmad’s Fried Chicken (AFC) membuka cawangan ke-47 di TTDI Jaya, di sini baru-baru ini.
Pengasas Ahmad’s, Abdul Ahmad, berkata, pembukaan cawangan itu dibuat susulan permintaan ramai daripada pelanggan setia yang mahu lebih mudah mengakses menu popular Ahmad’s di kawasan sekitar Shah Alam, Subang dan Petaling.
“Pembukaan cawangan di TTDI Jaya adalah sebahagian daripada strategi jenama untuk mendekatkan diri dengan komuniti tempatan yang selama ini menanti kehadiran restoran mereka.
“Sejak tahun lalu, kami menerima ratusan permintaan daripada pelanggan di sekitar Shah Alam, Subang dan Petaling untuk membuka cawangan baharu. TTDI Jaya menjadi lokasi ideal kerana komuniti di sini sangat aktif, menyokong dan mencari pilihan makanan berkualiti pada harga yang berpatutan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Ahmad berkata, cawangan baharu itu menampilkan konsep rekaan terkini Ahmad’s yang moden, ringkas dan mesra keluarga, sesuai untuk pelanggan makan di tempat, bungkus pulang dan penghantaran.
“Dengan pembukaan ini, Ahmad’s terus memperkukuh komitmen untuk menyediakan pengalaman makan yang konsisten, pantas dan berkualiti, selari dengan visinya untuk menjadi rangkaian ayam goreng paling dipercayai di Malaysia.
“Ahmad’s turut merakamkan penghargaan kepada komuniti Lembah Klang atas sokongan berterusan yang memungkinkan perkembangan pesat jenama ini,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















