BERITA SEMASA

Ahmad Terrirudin dilantik sebagai Peguam Negara baharu

PUTRAJAYA – Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa mulai 6 September ini.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, pelantikan itu adalah selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan itu.

“Beliau akan menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September ini.

“Ahmad Terrirudin adalah merupakan Peguam Cara Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Idrus atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang
jawatan sebagai Peguam Negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button